Home / TV3 / Lestary / Drama Pia (Lestary TV3)

Drama Pia (Lestary TV3)

Nantikan drama bersiri bertajuk ‘PIA’ yang akan disiarkan di slot Lestary TV3. Dibintangi oleh Alif Satar, Zara Zya, Naim Daniel, Azira Shafinaz, Sheila Rusly dan ramai lagi. Drama terbitan JS Pictures dibawah arahan Azman Yahya. Ditayangkan bermula 3 Mei 2019, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

  • Details
  • Synopsis
TAJUK

PIA

TARIKH MULA TAYANGAN : 3 Mei 2019

EPISOD : 15 episod

SLOT : Lestary

SALURAN : TV3

ARAHAN : Azman Yahya

TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd

PARA PELAKON : Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Izzat Mushtaq, Annie Mosha, Zalfa Zin, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Fathil Dani

Mengisahkan Pia yang tersepit di antara tugasnya sebagai seorang isteri dan tanggungjawabnya terhadap adiknya yang kurang upaya.

Selepas kedua-dua ibu bapanya dibunuh mati, Pia dibela oleh Pak Long Mat. Pia ada seorang adik yang mempunyai masalah ‘celebral palsy’ bernama Budi. Zafran, rakan mengaji Pia menyukai Pia sejak dari kecil hinggalah dewasa. Zafran tinggal bersama bapa dan ibu saudaranya, Ila yang bisu. Ila selalu memerhatikan gerak geri Zafran dan tahu akan perkembangan cinta Zafran dan Pia dan cuba menghalangnya.

Zafran kemudian menyambung pengajiannya ke luar negara, dan tetap meneruskan hubungannya dengan Pia. Setelah pulang semula ke tanah air, dia berkahwin dengan Pia walaupun tidak direstui Ila. Nasib tidak menyebelahi Pia apabila Zafran menghantar Budi ke pusat penjagaan kerana mahu Pia memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Sikap cemburu buta Zafran bertukar menjadi agresif gara-gara Pia mendapat mesej dari doktor Budi.

Episod 1

Episod 1

Episod 2

Episod 2

Episod 3

Episod 3

Episod 4

Episod 4

Episod 5

Episod 5

Episod 6

Episod 6

Episod 7

Episod 7

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *