Home / Astro / Meremang / Drama Entiti Mistik (Meremang Astro Prima)

Drama Entiti Mistik (Meremang Astro Prima)

Drama Entiti Mistik akan menemui penonton bermula 16 Januari 2019, setiap Rabu pukul 11 malam di slot Meremang, Astro Prima dan Maya HD. Drama seram arahan Siskin Samuzi ini menampilkan cerita berbeza setiap episod.

  • Details
  • Synopsis

TAJUK

ENTITI MISTIK

TARIKH MULA TAYANGAN :

EPISOD : 13 Episod

SLOT : Meremang

SALURAN : Astro PRIMA

ARAHAN : Siskin Samuzi

TERBITAN : Multi Utama Sdn Bhd

PARA PELAKON : Eyra Hazali, Fimie Don, Julia Farhana, Mubarak Majid, Aedy Ashraf, Nik Harraz Danish, Natasya Mahyan, Syed Muhammad Husayn, Adeline Tsen, Adam Shahz, Amar Asyraf, Mimi Ernida, Syafi Danish, Dilla Ahmad, Ahmad Iswazir Ismail, Sharifah Shahora, Anita Baharom, Syaffiq Sahli, Dazrin Kamarudin, Kay Khydir, Khatijah Tan, Ady Fakaruddin, Wan Maimunah, Nadia Aqilah, Qistina Raisah, Azam Pitt, Hazman Al-Idrus, Afifah Nasir, Azrel Ismail, Melanie Tan, Taufiq Hanafi, Hilman Alef, Izzy Reef

Entiti Mistik memaparkan kisah-kisah seram dan mistik yang berlainan di setiap episod.

Episod 1

Episod 1

Misteri Saadong terbongkar apabila Mira membaca vuku nota milik Saadong. Dia adalah pelajar tahun 1985 yang mati kerana membunuh diri dalam tandas aras 3.
Tonton Episod 1

Episod 2

Episod 2

Zarina membuat kajian tentang hantu lilin yang popular pada tahun 2010 sebagai tugasan kewartawanan yang pertama. Hantu lilin itu muncul membongkar kisah sebenar perogol dan pembunuhnya.
Tonton Episod 2

Episod 3

Episod 3

Kondo Pengantara – Yusuf membeli kondo sahabatnya, Mad Kassim degan tawaran harga yang murah tanpa mengetahui di rumah itu berlakunya pembunuhan isteri sahabatnya Mad Kassim.
Tonton Episod 3

Episod 4

Episod 4

Terowong – Misteri orang hilang dalam sebuah terowong tidak menakutkan Hilmi seorang penagih dan perompak. Hilmi diberitakan hilang setelah isterinya, maut dalam kemalangan langgar lari di terowong itu.
Tonton Episod 4

Episod 5

Episod 5

CERMIN – Su takut melihat cermin kerana terbayangkan kerakusan Pak Ngahnya merogol dia ketika umurnya 10 tahun. Su yang menjalani rawatan psikaitari ditahah di ward solitary.
Tonton Episod 5

Episod 6

Episod 6

KAWAN SEBILIK – Kawan sebilik Aqmal, Zahid hanya muncul di dorm pada waktu malam. Zahid digelar ‘hantu’. Ketika Aqmal melihat cermin, wajahnya tidak wujud dan dia baru sedar sebenarnya, dia lah ‘hantu’
Tonton Episod 6

Episod 7

Episod 7

KATIL HOSPITAL – Kisah mengenai sebuah katil di sebuah hospital yang sering mengganggu pesakit yang menggunakan katil tersebut. Katil tersebut mempunyai penunggu yang mati disitu.
Tonton Episod 7

Episod 8

Episod 8

PATUNG RUBIAH – Patung mannequin lengkap bernama Rubiah kini berada di butik Yazid. Macam-macam perkara menyeramkan berlaku hingga mengorbankan pelakon terkenal Manisah dalam keadaan misteri.
Tonton Episod 8

Episod 9

Episod 9

KM333 – Malik penghidap insomnia. Dalam perjalanan balik kampung di selekoh KM 333 keretanya diganggu oleh lembaga yang menakutkan. 3 tahun lalu di selekoh itu Malik terlibat dgn kes langgar lari sebuah kereta.
Tonton Episod 9

Episod 10

Episod 10

Tumpang – Dalam perjalanan pulang dari kampung, Amar dan isterinya Zulaikha menumpang seorang mak cik dgn anaknya, menaiki kereta mereka. Sampai di rumah Zulaikha terasuk.
Tonton Episod 10

Episod 11

Episod 11

Makcik Karipap – Ternyata mak cik karipap menggunakan ilmu hitam untuk menjual karipapnya. Daging manusia dijadikan inti karipap. Dia mencari mangsa ke 3 untuk melengkapkan lagi ilmu hitamnya.
Tonton Episod 11

Episod 12

Episod 12

Pancung – Semasa melakukan kaji selidik projek video dokumentari mereka di dalam hutan, 4 sahabat diganggu oleh lembaga hantu jepun. Syakir yang tidak percaya tahyul ditemui mati dengan kepalanya terputus.
Tonton Episod 12

Episod 13

Episod 13

Homestay Melur – Melur dan kakaknya, mahu merampas homestay itu dari pemilik sahnya, Angah. Namun hasrat mereka dihalang oleh kemunculan Azmi dan Salleh yang menyewa homestay tersebut.
Tonton Episod 13

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *