Home / TV3 / Akasia / Asalkan Dia Bahagia (Akasia TV3)

Asalkan Dia Bahagia (Akasia TV3)

Asalkan Dia Bahagia

Nantikan drama adaptasi novel Asalkan Dia Bahagia karya Hani Fazuha yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Ayda Jebat. Drama 28 episod arahan Jamal Khan, terbitan Zamriez Golden Picture. Akan menemui penonton bermula 8 Mac 2019, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3.

  • Details
  • Synopsis

TAJUK

ASALKAN DIA BAHAGIA

TARIKH MULA TAYANGAN : 8 Mac 2019

EPISOD : 28 Episod

SLOT : Akasia

SALURAN : TV3

ARAHAN : Jamal Khan

TERBITAN : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PARA PELAKON : Ayda Jebat, Shukri Yahaya, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria, Fadilah Mansor, Pokmudo Seri, Fiqa Zamri, Rostan Man, Sheila Mambo

Mengisahkan Adira yang menjadi rebutan abang angkatnya sendiri. Adira tahu selama ini bahawa dia adalah anak angkat kepada Puan Zarina dan Tuan Bakhtiar. Hubungan Adira dan anak lelaki mereka, Ikmal Reza juga sangat rapat. Menginjak dewasa, Ikmal tinggal di luar negara setelah tamat belajar lalu bekerja di sana. Ikmal merasakan tidak selesa jika dia pulang kerana Adira bukan mahramnya tetapi sebaliknya ada sesuatu yang cuba disembunyikan Ikmal.

Tidak mahu Ikmal berterusan membawa diri di luar negara kerana Adira, Puan Zarina bercadang mahu mengahwinkan Adira. Adira yang terdengar perbualan ibu angkatnya itu merasakan sedikit terkilan dan seperti mahu menghalaunya secara halus. Sudah terlalu banyak budi yang diberikan Puan Zarina kepada Adira. Kerana kasihnya Adira pada ibu angkatnya itu, dia menerima untuk dijodohkan dengan Haris Aryan, anak teman baik keluarga angkatnya iaitu Datin Maria dan Dato Hijaz.

Haris juga merupakan teman baik Ikmal. Apabila mengetahui Haris bakal berkahwin dengan Adira, Ikmal terus pulang ke Malaysia dan meminta Adira untuk menolak lamaran tersebut. Ikmal berang kerana selama ini, dia sebenarnya mencintai Adira dan perasaan itu disembunyikan. Tetapi malangnya, perkahwinan Adira dan Haris tetap berlangsung. Perkahwinan mereka diuji dengan lebih-lebih lagi masing-masing tidak pernah meluahkan rasa cinta.

Timbul rasa curiga, lebih-lebih lagi Haris membuat pengakuan dia sudah berkahwin sebelum ini. Pengakuan tersebut sering mengganggu Adira. Masing-masing merasa curiga, mungkin adanya orang ketiga dalam perhubungan mereka. Bagi Haris, orang ketiga itu adalah Ikmal dan bagi Adira, Afida adalah isteri pertama Haris. Adira sering meluahkan perasaan sedihnya kepada Ikmal. Tanpa pengetahuan Adira, Ikmal adalah racun yang merosakkan dalam senyap.

Di belakang Adira, Ikmal sentiasa mencari peluang untuk merebut Adira dan apabila Adira sering mengadu pada Ikmal, Haris tahu Ikmal akan menggunakan peluang itu untuk merampas Adira daripadanya. Tanpa sedar, kedua mereka sebenarnya sudah saling jatuh cinta tetapi tidak diluahkan kerana ego.

Episod 1

Episod 1

Episod 2

Episod 2

Episod 3

Episod 3

Episod 4

Episod 4

Episod 5

Episod 5

Episod 6

Episod 6

Episod 7

Episod 7

Episod 8

Episod 8

Episod 9

Episod 9

Episod 10

Episod 10

Episod 11

Episod 11

Episod 12

Episod 12

Episod 13

Episod 13

Episod 14

Episod 14

Episod 15

Episod 15

Episod 16

Episod 16

Episod 17

Episod 17

Episod 18

Episod 18

Episod 19

Episod 19

Episod 20

Episod 20

Episod 21

Episod 21

Episod 22

Episod 22

Episod 23

Episod 23

Episod 24

Episod 24

Episod 25

Episod 25

Episod 26

Episod 26

Episod 27

Episod 27

Episod 28

Episod 28

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *